Saturday, February 26, 2011

SINGLE x semestinya ALONE, ALONE x semestinya SINGLE


Kami tidak berzina !

Maaf saya tidak menuduh awak berzina ,tetapi

awak menghampiri zina.

Kami hanya barbual-bual, berbincang,. Bertanya

khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu

menghampiri zina?

Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya

ke lembah penzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak

berniat ke arah itu.

Hari ini ya.Esok mungkin kamu kecundang.Iblis

akan memerangkap kamu.Iblis amat

berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia

telah menipu moyang kita yang pertama,Adam

dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat ,pesanan

Rasulullah :Janganlah engkau bersendirian denga

seorang wanita kecuali yang ketiganya ,syaitan

(Tabrani) .

Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.

Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus

kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam

telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah

bersua muka pun!

Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang

dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang

pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan

pasti bergelora,lambat laun desakan nafsu dan

perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret

kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama

tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia

akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa

kepada perzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun

zina ke?

Zina ada bermacam-macam jenis dan

peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu

berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat

kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu

dengan khayalan berahi dengan kekasih

sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah :

Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya

adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan

zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga

berzina dan zinanya adalah ciuman (muslim dan

Abu Daud).

Sebenarnya jalan menuju kepada

perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita

melalui mana-mana jalan perzinaan.

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang

pelajaran sahaja!*(bagi kes belajar berdua-duaan

SAHAJA)*

Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah

tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-

hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau

cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh

Allah, kejayaan tidak akan membawa

kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat

lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran

yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi

belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah.

Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi

macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan

Atid.

Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study

Group.*(bagi kes berdua-duaan SAHAJA)

Study Group...? nampak lain macam saja, manja,

senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi.

Takkan study group berdua sahaja? Kemana-

manapun berdua. Kalau ye pun, carilah group

study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan

macam ni...betul ke bincang pelajaran?

Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran,

yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan

fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.*

Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak

berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang

sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada

nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah

manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah

manusia.

Kami berdua sama-sama belajar, study group*,

saling memberi semangat dan motivasi.

Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan

rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang

boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum

sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang

belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang

perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan

rahmat pula.

Takkanlah tak ada langsung ruang yang

dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah

Islam membunuh terus naluri cinta?

Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan

kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka

kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah.

Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang,

tak normal namanya. Islam bukan datang

membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam

tidak suruh membunuh naluri seperti yang

dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan

nafikan naluri ini.

Jangan berbohong pada diri

sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan

itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma

tudukkan naluri itu untuk patuh pada perintah

Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya.

Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita

sebagai manusia.

Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri

atau nafsu.

Tentu ada cinta secara Islam.

Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan.

Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas

kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang

bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan

Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara,

tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan

sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan

sebagai ganti yang lebih baik.

Sabda Rasulullah :

Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang

saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta

adalah maruah manusia. Ia telalu mulia.

Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri

kepada penzinaan?

Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu

perasaan turut terusik. Kemudian perasaan

dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur

pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua.

Kemudian mencari tempat sunyi sedikit.

Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap.

Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan,

duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan,

sekarang macam pengantin baru semalam

bukankah mereka semakin hampir dengan

penzinaan?

Berapa ramai orang yang bercinta

telah sampai kepada daerah penzinaan dan

kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang

melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa

noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Masih ramai orang yang bercinta* tetapi tetap

selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.

Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu

kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak

tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya

jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan

kecundang.

Jadi manusia itu tidak tahan diuji?

Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa,

sejak dari awal penciptaan manusia. Allah

takdirkan satu peristiwa untuk iktibar

manusia.Allah tegah Adam dan Hawa supaya

tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah

yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan

pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu

Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan

menghampiri pokok khuldi itu.

Firman Allah:

Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di

dalam syurga serta makanlah dari makanannya

sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan

janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu

menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang

yang zalim

(al-Araf:19)

Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah

khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut

nanti mereka akan memakannya. Demikianlah

dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah

penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan

dengan godaan zina, kedua-duanya akan

kecundang.Cukuplah kita belajar daripada

pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah. Kita

tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta

adalah untuk mengenal hati budi pasangan

sebelum buat keputusan berkahwin.

Bolehkah percaya dengan perwatakan masa

sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan

yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-

masing akan berlakon dengan watak terbaik.

Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai-

bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk.

Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada

yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan

tertipu dengan keperibadian pasangan semasa

bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam

langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang

amat penyayang, penyabar, sabar tunggu

pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila

dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking.

Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh

dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau

hipokrit.

Percayalah, kami bercinta demi merancang

kebahagian hidup nanti.

Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak

mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah

anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang

terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia.

Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah

yang menganugerahkannya.

Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu,

jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai

Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga

mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu

prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak

meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah

adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk

mendapat keluarga yang bahagia jika langkah

mula sudahpun canggung, bagaimana

kesudahannya?

Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang

angkat boleh ke? Ganti bercinta

Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan.

Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas

baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya

adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang

angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan

syaitan. Manusia yang terlibat dengan

budaya angkat ini sebenarnya telah masuk

dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa

untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun,

abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah

sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina.

Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang

maruah diri?

Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh

manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang

sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang

yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya.

Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak

mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan

mengatakan orang yang bercinta sudah tidak

bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada

orang yang belum layak menerima cinta suci.

Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah

ditentukan oleh Allah.

Adakah orang yang bercinta* hilang maruah?

Antara kemulian manusia adalah maruah dirinya.

Orang yang bercinta seolah-olah cuba

menggadaikan maruahnya kerana mereka

menghampiri perzinaan. Manakala orang yang

bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin

kecuali dengan orang yang pernah berzina.

Allah

berfirman:

Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin

berkahwin melainkan dengan perempuan yang

berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan

yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengan

melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki

musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu

terlarang kepada orang-orang yang beriman.

(Surah An-Nur: 3) Jadi, orang yang pernah bercinta

juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang

yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu

penghinaan dari Tuhan.

Jadi orang yang bercinta* hanya layak berkahwin

dengan orang yang pernah bercinta* juga?

Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana

wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.

Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Kami telah berjanji sehidup semati

Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah

janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap

pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang

keemasan sahaja.

Habis madu, sepah dibuang.

Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang

sehingga menjadi pepatah.

Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang

penyayang dan bertanggungjawab.

Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki,

apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai

isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-

anaknya, dia akan memilih wanita yang baik.

Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki

biasanya akan memilih perempuan murahan

kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan.

Itulah rahsia lelaki.

Jadi, perempuan yang bercinta*, jatuh maruahnya

pada pandangan lelaki? *(tidak mengikut syariat)

Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka

pada barang yang second hand sedangkan

barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka

menggambarkan perempuan seperti kereta yang

diletakkan di bilik pameran sahaja.Tapi ada orang

yang boleh test drive. Ada pula yang kata;

sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap

bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan.

Itulah hakikatnya.

Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman

ini?

Ya, masih ada orang suci dalam debu. Golongan

ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka

kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti.

Mereka ada pasangannya. Firman Allah:

Dan orang-orang lelaki yang memelihara

kehormatannya serta orang-orang perempuan yang

memelihara kehormatannya (yang memelihara

dirinya dari melakukan zina)... Allah telah

menyediakan bagi mereka segala keampunan dan

pahala yang besar.

(Surah Al-Ahzab: 35)

Bagaimana kami?

Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan

taubat nasuha. Berdoalah serta mohon

keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan

kekuatan untuk mendapat redhaNya.

Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah

bagaimana taubat nasuha.

Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-

benarnya. Taubat yang memenuhi tiga syarat:

Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan

hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.

Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk

hidup yang menjurus diri dalam percintaan.

Berazam. Bertekad didalam hati tidak akan

bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan

seseorang yang bernama isteri atau

suami .Saatnya adalah selepas ijab kabul.
Ingatlah semakin bebas pergaulan sebelum berkahwin,
semakin hambar & kurang rasa cinta setelah menjadi suami isteri.

Ya Allah. Hambamu ini telah tersesat jalan.

Ampunilah dosa-dosa hambamu ini.

Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan

penerima taubat . Berilah kekuatan kepadaku

untuk menghadapi godaan keremajaan ini.

Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada

maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia.

Ibu dan ayah, anakmu berdosa . Engkau jaga

diriku sedari kecil dengan kasih sayang.

Mengapaku curahkan kasih itu kepada orang lain.

Oh Tuhan, hambamu ini berdosa

Amin , yarabbal alamin. Moga Allah terima taubat

mu.

Kita berpisah kerana Allah , kalau ada

jodoh ,tidak kemana!

YaAllah bantulah mereka .Kini mereka datang

kepintuMu mencari redha-Mu. Terimalah taubat

mereka.